Dafi adalah seorang pemuda yang kacak dan bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu. Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja.

Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!
Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..

“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap si adik (adik perempuan dafi) itu lagi..

Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

* Diri anda sendiri
* Isteri & anak-anak
* Ibu & bapa (kadangkala) dan juga dapat melindungi
* Aset spt Rumah Dan Duit Simpanan.

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…
Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insurans“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?

Apa yang anda beli dgn RM5… Beli rokok? blanja kawan? beli majalah?

Hanya RM5 sehari… utk perlindungan, simpanan dan perlaburan di PRUBSN Takaful….dan anda akan dpt medical card yg boleh digunakan seumur hidup….

Hubungi saya SUHAILI….017-6145700

kredit to:drumah.com

Share

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada……Disebabkan cuti umum ni sehari jer atau dalam erti kata yg lain nak apply cuti tahunan pun dah takda, maka beraya di sini jela. Sedih tu sedih jugalah sebab tak balik kampung. Tapi apa yang penting di sebalik kemeriahan Hari Raya Korban ni..kita juga harus memperingati sunnah Nabi Ibrahim dan keluarganya, yang melakukan pengorbanan demi menjunjung perintah Allah Subhanahu Wataala.

Share

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya…saya kongsikan artikel ini untuk semuanya…sila share atau copy di blog masing-masing…….

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak [...] Continue Reading…

Share

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab diberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang selama beberapa hari. Kami semua merayakannya secara sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan. Ikutkan hati nak duk sebulan kat kampung..hehe..maklumla raya kan sebulan..tetapi inilah realiti hidup manusia yang perlu bekerja untuk mencari rezeki. Takkan nak duk rilek jer kat rumah..betul tak?

Bila bercerita pasal raya tahun ni… alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul bersama-sama di pagi raya. Acara tetap setiap tahun mestila bermaaf maafan sesama sendiri…hehe…tapi ayat special aku tahun ni kat mak aku adalah ‘mak… minta ampun yek….kira skrg ni ibarat bayi baru lahir yg bersih dari dosa tau’…hehe. Mak aku pun biasa le..bila anak2 minta maaf dia mengiyakan aje.. Dengan abah pulak ayat standard biasa jer…tapi lahir dari hati aku yang ikhlas. Tapi bab minta maaf dgn suami ni aku lain macam sikit. Hati tiba-tiba jadi sensitif. Dengan mak dan abah tak pulak aku [...] Continue Reading…

Share

Mengucap panjang aku bila baca petikan fb mamat yg ala2 ‘nama mat saleh’ ni…Bukan mat saleh pun..celup jerr…dah sah2 muka melayu tulen. Memang ramai yang dah baca fb mamat mental ni sebab memang dah heboh diperkatakan kat blog2….tapi nak share jugak……dan sekarang pun orang ayik cakap tentang dia..bukan pasal dia dah berjasa…tapi pasal kejahilan diri dia yang kononnya ‘free thinker’ dan mempermainkan suruhan Allah tentang kewajipan berpuasa. Aku tak mau komen apa-apa lagi. Kita pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu..Sebagai orang Islam..marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya Si Salleh ni terbuka hatinya untuk bertaubat. Tak tahu nak salahkan siapa..Ibu Bapa?..Adik Beradik? Orang sekeliling?? Atau..dia sendiri yang sengaja menjahilkan dirinya…. Erm..Ntahla…

Lagi citer tentang dia kat sini:

http://www.arealcelebrity.com/2010/08/mission-terjah-blog-dan-gambar-sebenar.html

Share
Share

Syukur sangat pada Allah sebab masih dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ni.  Di bulan yang mulia inilah setiap umat Islam berpeluang melipat gandakan lagi amal ibadah masing-masing kerana Allah menjanjikan ganjaran yang amat hebat kepada kita semua. Selain itu syukur sangat sebab kita di Malaysia ni  InsyaAllah dapat menjalani ibadah Puasa dengan aman dan tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Fikiran ni tiba-tiba jer terbayangkan bagaimana nasib rakyat di negara-negara yang diserang pengganas yang sentiasa sengsara dan kucar kacir. Bagaimana agaknya mereka menjalani ibadah sedangkan bunyi dentuman di sana-sini. Ada seseorang cakap kat saya ‘isk buat apa nak fikir kesengsaraan orang luar? Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang kita yang miskin dan memerlukan bantuan.’

Memangla setuju apa yang dia kata. Tapi di bumi Malaysia ni terdapat terlalu banyak saluran bantuan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Golongan individu pun ramai yang bermurah hati untuk menderma. Kita [...] Continue Reading…

Share

Minggu ni rasa penat sikit. Badan pun lemah jer. Balik kerja je terus baring atas katil. Bila dah lega sikit barula start buat kerja rumah. Nasib baik la ofis tak jauh dari rumah..hanya 10-15 minit jer. Tak payah menempuh jalan sesak yang memeningkan kepala. Ok..sebenarnya nak share satu kejadian ni.  Isnin lepas lebih kurang pukul 11.00  malam aku ada terima satu msg dari no yang tak dikenali. Msg dia lebih mcm ni  ‘Askm Puan Suhaili, Saya Ina, Puan berminat tak nak ambil anak angkat.’ Urghh..terkedu kejap. Sape pulak la msg aku ni. Dahla tak kenal no tu..Siap tahu nama dan no tel..pastu nak offer anak angkat plak. Aku try call no tu banyak kali tapi tak jawab. Aku pun reply balik msg dia dan tanya macam2 soalan.

Rupa-rupanya dia dapat no aku melalui salah satu forum di internet. Memang ada certain2 forum yang aku join, aku letakkan no tel. Tapi [...] Continue Reading…

Share

Hari ni planning awalnya nak buat facial kat kota damansara …maklumla dah lama tak membelai wajah ni…dah kusam..hehe..Tapi ntah tiba2 plak husband ajak pegi Central Market. Dah la bertahun aku tak pegi situ. Dulu masa kerja UOB Bank..situ la tempat lepak. Dia kata nak buat spa..Ciss..bila plak dah pandai berspa-spa ni..ermm konfius ni. Bila dah sampai CM baru la aku tahu rupenya nak pegi Fish Spa Teraphy.

Meh nak cite sikit pasal terapi ni. Terapi ini menggunakan ribuan ikan garra rufa atau yang dikenal dengan the dictor fish yang berasal dari Turki. Masa rendam kaki ke dalam kolam, ikan-ikan itu konfem akan kerumun. Tapi tak payah takut sebab ikan-ikan ini tidak akan menggigit dan melukai kaki kita. Ikan ini memakan sel-sel kulit mati yang ada di kulit kaki kita.

Ikan garra rufa yang panjangnya 14 cm ini memiliki enzim yang dapat menormalkan proses pembaharuan kulit. Ikan garra rufa adalah ikan pembersih. [...] Continue Reading…

Share

KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu. Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas. “(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik. Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz [...] Continue Reading…

Share
Mukadimah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat datang ke blog niaga2u.com. Dengan adanya blog ini diharapkan dapat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat. ~Suhaili~

 

Jom Beli Buku


Adikbijak.com

Anda inginkan dapatkan buku yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?
Dapatkannya di sini:

Adikkbijak.com

niagawu