Archive for the ‘Umum’ Category

Mengucap panjang aku bila baca petikan fb mamat yg ala2 ‘nama mat saleh’ ni…Bukan mat saleh pun..celup jerr…dah sah2 muka melayu tulen. Memang ramai yang dah baca fb mamat mental ni sebab memang dah heboh diperkatakan kat blog2….tapi nak share jugak……dan sekarang pun orang ayik cakap tentang dia..bukan pasal dia dah berjasa…tapi pasal kejahilan diri dia yang kononnya ‘free thinker’ dan mempermainkan suruhan Allah tentang kewajipan berpuasa. Aku tak mau komen apa-apa lagi. Kita pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu..Sebagai orang Islam..marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya Si Salleh ni terbuka hatinya untuk bertaubat. Tak tahu nak salahkan siapa..Ibu Bapa?..Adik Beradik? Orang sekeliling?? Atau..dia sendiri yang sengaja menjahilkan dirinya…. Erm..Ntahla…

Lagi citer tentang dia kat sini:

http://www.arealcelebrity.com/2010/08/mission-terjah-blog-dan-gambar-sebenar.html

  • Share/Bookmark

  • Share/Bookmark

Syukur sangat pada Allah sebab masih dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ni.  Di bulan yang mulia inilah setiap umat Islam berpeluang melipat gandakan lagi amal ibadah masing-masing kerana Allah menjanjikan ganjaran yang amat hebat kepada kita semua. Selain itu syukur sangat sebab kita di Malaysia ni  InsyaAllah dapat menjalani ibadah Puasa dengan aman dan tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Fikiran ni tiba-tiba jer terbayangkan bagaimana nasib rakyat di negara-negara yang diserang pengganas yang sentiasa sengsara dan kucar kacir. Bagaimana agaknya mereka menjalani ibadah sedangkan bunyi dentuman di sana-sini. Ada seseorang cakap kat saya ‘isk buat apa nak fikir kesengsaraan orang luar? Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang kita yang miskin dan memerlukan bantuan.’

Memangla setuju apa yang dia kata. Tapi di bumi Malaysia ni terdapat terlalu banyak saluran bantuan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Golongan individu pun ramai yang bermurah hati untuk menderma. Kita kat sini boleh keluar rumah dengan hati yang tenang. Tak perlu takut ada dentuman bom, serangan pengganas atau tembakan bertubi tubi. Tapi cuba bayangkan negara-negara yang penuh dengan keganasan.  Sebak betul tengok mayat-mayat bergelimpangan, wanita-wanita diperkosa beramai-ramai, kanak-kanak berlumuran darah dan rumah-rumah dimusnahkan tanpa belas kasihan.

Tak dinafikan isu keganasan terhadap umat Islam ni bukanlah isu baru. Saya rasa semua orang dah tahu. Cuma apa salahnya sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, apabila kita berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga,  kita selitkan juga doa untuk mereka2 yang menderita dan umat-umat Islam yang lain. Moga Allah kabulkan doa kita dan seluruh umat Islam di dunia ini dapat hidup dengan tenang dan dirahmati Allah… InsyaAllah..

  • Share/Bookmark

Minggu ni rasa penat sikit. Badan pun lemah jer. Balik kerja je terus baring atas katil. Bila dah lega sikit barula start buat kerja rumah. Nasib baik la ofis tak jauh dari rumah..hanya 10-15 minit jer. Tak payah menempuh jalan sesak yang memeningkan kepala. Ok..sebenarnya nak share satu kejadian ni.  Isnin lepas lebih kurang pukul 11.00  malam aku ada terima satu msg dari no yang tak dikenali. Msg dia lebih mcm ni  ‘Askm Puan Suhaili, Saya Ina, Puan berminat tak nak ambil anak angkat.’ Urghh..terkedu kejap. Sape pulak la msg aku ni. Dahla tak kenal no tu..Siap tahu nama dan no tel..pastu nak offer anak angkat plak. Aku try call no tu banyak kali tapi tak jawab. Aku pun reply balik msg dia dan tanya macam2 soalan.

Rupa-rupanya dia dapat no aku melalui salah satu forum di internet. Memang ada certain2 forum yang aku join, aku letakkan no tel. Tapi biasanya untuk promosi kek aku la..hehe. Pastu dlm msg, Ina mengaku dah terlanjur dengan pakwenya dan sedang mengandung 7 bulan.  Ibu bapanya tak tahu. Walaupun duduk satu rumah mereka tak perasan sebab perut Ina tak terlalu besar dan dia sering memakai pakaian yang longgar. Ina ni dulu student tapi dah berhenti. Aku pun tak tahu sebab apa berhenti. Cara msg dia pun macam susah hati sebab lagi dua bulan nak bersalin.

Semua masalah, dia cerita melalui mesej. Bila aku nak call dia tak bagi. Alasannya sebab takut mak bapak dia dengar. Masa tu aku dah start was2. Setiap hari bermula Isnin sampai Rabu kami berbalas mesej. Memang sebagai seorang wanita aku sedih mendengar cerita dia dan rasa simpati sangat. Aku risau pulak kalau dia buang baby tu. Maklumla..bila dah tension macam2 boleh berlaku. Tapi biasala..aku bukan jenis yang mudah percaya kalau tanpa bukti.  Dia cakap sekarang menetap di Johor. Tapi no hp adalah n0 KL.

Setelah berbincang dengan suami, hati kami terbuka untuk mengambil anak tu sebagai anak angkat. Terus terang, fikiran kami hanya kesiankan baby yang bakal lahir tu. Tapi kami bercadang melalui proses yang sah di jabatan kebajikan masyarakat serta melantik peguam supaya tak timbul masalah di masa akan datang.  Tapi keputusan kami tu belum diberitahu pada Ina. Cuma aku msg Ina dan beritahu yang aku dan suami akan pergi ke Johor dalam masa 2,3 hari lagi. Tujuan kami untuk jumpa dia dan selidik latar belakang dia. Kami sebenarnya tak percaya sangat pun…..hehe…cuma nak uji dia. Tak sampai 1 minit Ina pun membalas mesej aku..

.’ takpayah  dtg kak..jauh la..mcm ni jela, kita bincang apa yg patut dlm phone dulu. Saya ada beberapa syarat, kalau akak stuju, sy dtg KL dan kita selesaikan.’

Hah??? terkejut aku. Syarat apa pulak ni?? Macam aku plak yang beriya-iya nak ambil anak dia. Niat aku nak tolong dia..bukan main demand pulak. Aku rasa lain macam je msg kali ni. Sebelum ni semua mesej minta simpati je. Aku pun balas mesej tu dan tanya apa syarat yang dimaksudkan. Dia membalas:

Syarat akak kena tanggung  saya sampai saya bersalin termasuk sewa rumah dan makan minum sy bermula minggu depan. Bil hospital swasta akak pun tanggung la. Akak juga kena beri sy rm5500.00 cash. Bukan nak jual anak tapi ni win-win situation. Akak  kena benarkan saya jenguk anak ni selalu. Klau akak sanggup, saya takkan tuntut balik anak ni.

Huhhhh…skali lagi aku terkedu. Ingat aku ni rumah welfare ker???..tolong jaga anak dia pastu dia boleh lawat bila2 masa..Tiba2 jer dari simpati pada dia terus aku rasa meluat.  Dia yang start mesej aku dulu dan merayu-rayu….tiba2 plak nak cakap psal ‘win-win situation’.  Giler ke apa ni. Bagi aku takda masalah nak tanggung bil hospital masa dia bersalin nanti.  Tapi bukan main lagi nak bersalin hospital swasta. Dia ingat kalau kat hospital swasta pun dia boleh terlepas ke tentang kelahiran anak luar nikah dia tu. Tambahan pula syarat2 kat hospital sekarang ni dah makin ketat. Keterangan tentang pasangan suami dan isteri akan dicatit. Ermm…Lepas tu nak cash plak tu. Mungkin nilai RM5,500 tu terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang baby yang begitu besar nilainya, tapi dalam kes Ina ni….. jelas ketara dia memang mengambil kesempatan.

Aku faham bukan senang dia nak menempuh saat kelahiran baby tu. Tapi dalam kes ni patutnya dia bersyukur sebab ada orang nak pelihara anak dia. Dah la buat dosa dengan pakwe, mengandung, pastu macam nak jual anak pulak. Pelik la. Aku rasa macam ada yang tak kena. Aku syak yang dia sebenarnya bukan di Johor tapi di KL.  Aku mula beranggapan semua cerita dia karut. Kalau betul dia dalam kesusahan, mesti dia takda masalah nak jumpa dengan aku bila2 masa.  Lagi satu, kalau rasa tak sanggup nak berpisah dengan  baby tu nanti, jangan gatal2 nak serahkan pada org lain. Berani buat berani tanggung. Terus terang je pada ibu bapa dan kembali ke pangkal jalan.

Kalau dah serah anak pada orang lain,  lepas tu nak jenguk hari2..melampau la. Kena jaga juga perasaan ibu bapa angkat.  Tu sebab kalau adalah sikit pun perasaan sayang kat baby tu nanti…. pelihara la dia takpayah nak bagi orang. Lain la kalau Ina ni seorang yang daif dan betul2 tak mampu nak bagi baby tu makan. Tapi dalam kes ni, sendiri cari masalah.. Pastu nak mengaut keuntungan pulak. Nanti baby yang tak bersalah tu pulak yang menjadi mangsa.

Aku pun taknak panjang2 kan criter. Last skali aku msg…’sorry i’m not interested’. Dengan pantas dia menjawab  ‘ok no prob’… Hahhaha lawak pun ada. Karekter dia dlm msg berubah sama skali. Dari seorang gadis yang merayu-rayu memohon simpati kepada seorang yang selamba. Tapi aku tak kisah. Macam di awal tadi aku katakan yang aku takkan percaya kalau tanpa bukti.  Kepada semua pembaca juga jangan mudah percaya pada tawaran macam ni. Cuma aku berdoa, kalau benarlah dia sedang mengandung 7 bulan, semoga Allah permudahkan proses kelahiran baby dia nanti dah bukakan hati Ina untuk menjadi seorang ibu yang baik serta kembali ke pangkal jalan. Dia juga harus sedar tak semua wanita di dunia ini berpeluang bergelar seorang ibu dan mengendung anak sendiri… Fikir-fikirkan….

  • Share/Bookmark

Hari ni planning awalnya nak buat facial kat kota damansara …maklumla dah lama tak membelai wajah ni…dah kusam..hehe..Tapi ntah tiba2 plak husband ajak pegi Central Market. Dah la bertahun aku tak pegi situ. Dulu masa kerja UOB Bank..situ la tempat lepak. Dia kata nak buat spa..Ciss..bila plak dah pandai berspa-spa ni..ermm konfius ni. Bila dah sampai CM baru la aku tahu rupenya nak pegi Fish Spa Teraphy.

Meh nak cite sikit pasal terapi ni. Terapi ini menggunakan ribuan ikan garra rufa atau yang dikenal dengan the dictor fish yang berasal dari Turki. Masa rendam kaki ke dalam kolam, ikan-ikan itu konfem akan kerumun. Tapi tak payah takut sebab ikan-ikan ini tidak akan menggigit dan melukai kaki kita. Ikan ini memakan sel-sel kulit mati yang ada di kulit kaki kita.

Ikan garra rufa yang panjangnya 14 cm ini memiliki enzim yang dapat menormalkan proses pembaharuan kulit. Ikan garra rufa adalah ikan pembersih. Ikan ini hanya memakan kawasan kulit yang mati saja. Memang tak sakit cuma geli jer..hehe..tu yang tak sanggup tu..

Kalau ikut sejarahnya ikan ni dikenal pasti ratusan tahun oleh masyarakat Turki sebagai ikan yang dapat mengubati penyakit kulit. Ikan ini hidup di sumber air hangat di daerah Kangal, Turki. Sumber air hangat Kangal pertama kali diketahui memiliki manfaat pada tahun 1800. Pada masa tu..kononya adala seorang mamat penggembala tu yang luka di kakinya. Tapi beransur sembuh setelah sering berendam di dalam kolam hangat tersebut.

Bila si penggembala dah sembuh..apalagi.. berita tu dapat le perhatian dari seluruh masyarakat. Pada tahun 1950 beberapa kolam dibangunkan untuk menempatkan ikan-ikan kecil pada suhu air 36-37 darjah Celcius. Garra rufa memiliki enzim dithranol yang dapat menyembuhkan penyakit kulit dan pertumbuhan sel kulit mati yang begitu cepat. Sebab itulah, gigitan ikan ini dipercayai dapat membantu para penderita penyakit kulit.

Mula tu risau juga nak rendam kaki. Bukan apa terbayangkan beratus-ratus orang dah rendam kaki dalam tu. Tak pasal2 dapat penyakit lain plak. Tapi rupa2nya setiap hari air di dalam kolam tu diganti dan telah melalui penyaringan lampu UV yang berguna untuk menyingkirkan virus dan bakteria. So tak perlu ragu-ragu.

Apapun aku tetap tak berani nak rendam kaki dalam tu..geli worrrr…hehe..Takpala biar husband jer berspa kat situ. Wife dia nampak gayanya belum bersedia lagi..eeee..geli..

  • Share/Bookmark

KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu. Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas. “(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik. Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota. Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

Kredit to Utusan Malaysia.

Ermm…bila baca keratan akhbar di atas, macam tak percaya pulak. Tapi itulah hakikat yang sebenar. Sekarang ni memang heboh pasal berita perceraian Sultan Brunei dengan Azrinaz ni. Kalau dulu rakyat Malaysia digemparkan dengan berita perkahwinan mereka yang diadakan secara tertutup di KL, kini berita perceraian pun tidak kurang hebat diperkatakan. Maklumla takda angin takda ribut tiba-tiba bercerai. Macam2 desas desus dan andaian dibuat tentang punca perceraian..ada juga yang tak masuk dek akal, namun yang pasti jodoh mereka sudah ditakdirkan bertahan selama lima tahun saja.

Ada yang cakap, walaupun sudah bercerai, Azrinaz pasti mewah dengan harta yang dimilikinya..tujuh keturunan pun tak habis. Tapi persoalannya, mampukan harta yang banyak memberi kebahagiaan yang sebenar? Erm…. mungkin ada yang kata ‘YA’…sebab segala-galanya memerlukan duit…Ada yang kata ‘TIDAK’.. Itu terpulang pada pendapat masing-masing… Apapun sama-sama kita doakan semoga Azrinaz terus tabah menghadapi dugaan hidup. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik. Siapa tahu di sebalik perpisahan, di situ kita akan menemui kebahagiaan yang sebenar… Bak kata Shahir dalam lagunya ni……….layanzzzz

  • Share/Bookmark

Bola…bola…bola… sana sini semua orang cakap pasal bola. Kat pejabat, Kedai makan, shopping complex semua sembang topik pasal bola… Malam ni pun tv kat rumah memang tak berpeluang tengok cerita lain… awal-awal dah ada penonton setia booking perlawanan Afrika Selatan dan Mexico. Erm sib baik la saya ni bukan jenis layan cerita kat tv. Kalau tak tension dibuatnya. Bila cakap pasal bola actually dulu minat jugak tengok bola ni. Tapi dalam malaysia je la macam Piala FA, Liga Perdana.. Pasukan pilihan mestila Perak…KEJOR YOP KEJOR..hehe. Tapi tu time sekolah dulu la. Yang paling best time Perak lawan Kedah..Fuh!! mesti tengok punye..kat tv jer la.. masa tu Kedah memang musuh tradisi Perak. Rasa geram jer bila dua pasukan ni berlawan. Menjerit tu takyah cakap la..abis hilang sifat kewanitaanku..hehe.. Lagipun masa tu ada geng tengok bola iaitu Arwah Pakcik. Walaupun dia lumpuh tapi bila tengok bola memang bersemangat abis. Sekarang ni memang langsung takda minat tengok perlawanan bola. Dah tak ambik perkembangan langsung.

Berbalik pada cerita Piala Dunia 2010, baru-baru ni suami saya tiba-tiba je ‘terlebih rajin’ mengelap tv lama yang disimpan di bilik tetamu. Beriya-iya plak tu menyental tv tu maklumla lama tak pakai. Mula-mula tu pelik jugak. Siasat punya siasat rupa-rupanya..erm..nak bawak tv tu ke pejabat sebab nak layan Piala Dunia la dengan geng-geng ofis. Isk..isk..sampai gitu sekali… maklumla selalu balik lambat..Pukul 10 malam masih kerja. saya pun perli la ‘wah bagus abang ye….sempat lagi layan bola…ni la pekerja contoh’ hehe… Erm nampak gaya sebulan la tv tu bermastautin kat sana..

Bila dah minat tu macam-macam gelagat orang kita boleh tengok..kat kereta pun ramai yang dah menampal sticker World Cup 2010. Itu belum masuk bab beli tshirt, cap atau apa-apa accessories. Ada yang sanggup berhabis duit. Maklumla empat tahun sekali. Yang terbaru suami saya beli top up maxis pakej piala Dunia semata-mata nakkan Poster. Akibatnya setiap hari hpku sentiasa ada update pasal Perkembangan Piala Dunia. Kalau tak silap 5-6 mesej sehari. Aduhhhh…boringnyerrr… Layan jer laa..Walaubagaimanapun semangat kesukanan tu lah yang harus dipuji. Itu lebih baik dari buat perkara yang tak berfaedah.

Okla kepada peminat-peminat bola, teruskan minat anda…tapi jangan jadi macam iklan coca cola tu sudahla..Tidur Bola..Makan Bola…Minum Cola-cola…erm tak bagus untuk kesihatan..ok byeee

  • Share/Bookmark

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Saya pun kurang sempurna. Harap2 berubah cepat2.. Ya.. Allah, kukuhkan iman saya..

Kredit to blog Lucky Tuah

  • Share/Bookmark

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita semua dapat berhijrah menuju ke keadaan yang jauh lebih baik dari pada tahun lalu, lebih baik dalam semua urusan dunia, Lebih baik dalam semua urusan akhirat. InsyaAllah….

  • Share/Bookmark

raya

  • Share/Bookmark
Mukadimah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat datang ke blog niaga2u.com. Dengan adanya blog ini diharapkan dapat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat. ~Suhaili~

 

Jom Beli Buku


Adikbijak.com

Anda inginkan dapatkan buku yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?
Dapatkannya di sini:

Adikkbijak.com

niagawu