Archive for June, 2008
Hari ni saya ke jabatan kerajaan atas urusan peribadi. Macam-macam urusan yang nak diselesaikan. Biasalah di hujung-hujung bulan ramailah yang sesak di kaunter. Saya pun berurusanlah dengan dua penjawat awam yang pastinya berketurunan Melayu, beragama Islam dan bertudung. Selepas memberi salam saya pun nyatakanlah urusan saya dengan bertutur dalam bahasa melayu yang jelas dan mudah difahami. Setelah memberi keterangan kepada penjawat awam tersebut, tiba-tiba saya terkaku sebentar. Macam pelik pun ada. Nak tahu sebab apa? Sebab dia bercakap bahasa inggeris dengan saya dengan slang yang ala-ala ‘Mat Salleh’. Saya bukan kaku sebab tak pandai berbahasa inggeris. Saya belajar di institut pengajian yang 100% menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya juga bekerja di syarikat yang terdiri daripada pekerja-pekerja asing yang tak pandai cakap melayu.Jadi insyaAllah tiada masalah untuk bertutur bahasa inggeris dengan sesiapa sahaja.
Tetapi saya hairan kenapa perlu sesama Melayu, sesama islam pulak tu bertutur dalam bahasa asing? Tambahan pula di sektor awam yang sepatutnya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Saya mungkin tidak hairan mereka berbahasa inggeris jika pelanggan adalah dari bangga cina, india atau lain-lain. Tapi saya adalah bangsa Melayu, beragama Islam dan bertudung seperti mereka juga. Malukah jika tidak bercakap ‘bahasa orang putih?????? Jatuh ke darjat kalau berbahasa Melayu. Saya rasa bangsa lain juga tiada masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu jika mereka berurusan dengan jabatan kerajaan.
Walaupun kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa melayu, tetapi janganlah kita alpa bahawa bahasa melayu tetap bahasa rasmi negara ini. Kalau orang Jepun boleh berbangga dengan bahasa mereka, kenapa kita tidak berbangga dengan bahasa kita sendiri. Fikirkanlah.
Apakah yang dimaksudkan dengan PRO AFFILIATE?
Pro Affiliate bermaksud ahli affiliate yang serius dan menjalankan program affiliate dengan cara yang betul untuk menjana pendapatan melalui internet. Perkara asas untuk menjadi seorang pro blogger atau pro affiliate adalah:
1. menggunakan domain dan hosting sendiri untuk membuat blog. Ini adalah first impression samada mereka serius atau tidak untuk menaja pendapatan dengan internet tidak kira apa sahaja program termasuklah affiliate.
2. Menggunakan meduim wordpress. Walaupun banyak cara dan medium selain dari blog wordpress, tetapi wordpress adalah penyedia sistem blog terbaik buat masa ini.
Apa itu Program Affiliate
Kebanyakkan daripada kita sememangnya sudah mengetahui apa itu program affiliate. Bagi mereka yang masih baru dan belum memahami sepenuhnya sistem affiliate, saya akan terangkan juga di sini supaya benda asas ini tidak di ulang lagi pada ebook full version saya nanti. Secara mudahnya untuk kita faham adalah, program di mana kita berkongsi keuntungan dengan penghasil produk. Agen affiliate pula adalah, seseorang yang menjual produk orang lain (pengeluar produk) dan apabila mendapat sales (jualan) dari promosi yang dilakukan, mereka akan mendapat komisyen. Mengikut statistik, 95% daripada program affiliate adalah percuma untuk disertai. Anda tidak memerlukan modal satu sen pun untuk menyertai. Hanya 5% daripada program affiliate adalah berbayar untuk menyertai.
Kenapa Ada Program Affiliate Yang Berbayar?
Program affiliate berbayar di lakukan kerana ingin menjaga kepentingan dan keistimewaan bagi peserta terawal yang menyertai. Kebaisaannya, pengeluar produk hanya membuka pendaftaran ahli affiliate kepada mereka yang membeli produk mereka sahaja. Sebagai contoh yang mudah adalah, jika anda ingin menyertai affiliate bagi produk X, maka anda mesti membeli produk X terlebih dahulu. Terdapat juga program affiliate yang hanya membuka keahlian kepada mereka yang telah membeli produk terdahulu. Ini bermaksud, pada kali pertama pengeluar produk membuka jualan produk mereka untuk versi pertama dan anda membelinya. Kemudian, jika pengeluar produk tersebut ingin membuka jualan bagi versi kedua (versi update) maka anda akan terpilih secara automatik untuk menyertai program affiliate mereka. Komisyen bagi program affiliate berbayar biasanya lebih tinggi berbanding program affiliate percuma kerana ia biasanya hanya untuk ahli dan limited. Tapi, di dalam ebook ini, saya tidak akan fokuskan kepada affiliate berbayar kerana saya ingin semua orang yang mendapatkan ebook ini boleh menyertai dan mendapat jualan. Lagi pula, banyak juga program affiliate yang berbayar menawarkan komisyen yang agak tinggi. Kenapa kita perlu bersusah payah mencari produk yang sukar sedangkan produk di depan mata juga berpotensi dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Nilai Komisyen Bagi Produk Affiliate
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, program affiliate adalah program perkongsian keuntungan di antara pengeluar produk dan agen affiliate. Nilai komisyen bergantung kepada nilai sesuatu produk. Mungkin 60% untuk pengeluar produk dan 40% untuk agen affiliate. Mungkin juga 50% untuk pengeluar produk dan 50% untuk agen affiliate..ada juga yang memberikan komisyen yang cukup besar kepada agen sehingga 60% atau 70% dari nilai sesuatu produk. Semuanya bergantung kepada perjanjian yang telah dinyatakan sebelum kita mengisi borang pendaftaran ahli affiliate. Anda sebaiknya jelas dengan syaratsyarat yang telah dinyatakan oleh pengeluar produk affiliate jika ingin menjadi agen affiliate meraka. Baca terlebih dahulu syarat-syaratnya supaya tidak berlaku apa-apa yang mengelirukan di kemudian hari. Ini juga bagi mengelakkan anda tertipu oleh mereka-mereka yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan anda. Anda juga digalakkan untuk menyertai program-program affiliate oleh individu yang boleh dipercayai sahaja. Sebelum menyertai affiliate bagi produk yang dipunyai oleh orang yang kurang dikenali, selidiki dulu latar belakang dan melihat juga samada mereka mempunyai blog sendiri bagi berinteraksi dengan para pelanggan dan agen affiliate mereka. Program affiliate boleh dibahagikan kepada dua iaitu program affiliate oleh orang perseorangan (individu) dan juga program affiliate berpusat.
1. Program Affiliate Individu
Program affiliate secara individu boleh dilihat dengan banyaknya di Malaysia. Para usahawan internet mengeluarkan produk mereka secara individu dan kemudiannya memasarkan menggunakan blog, mailing list , forum, review berbayar dan banyak lagi jenis promosi termasuk menggunakan affiliate. Pasaran produk digital contohnya yang ditulis dalam bahasa Malaysia belum mempunyai satu tempat yang khusus untuk menghimpunkan produk di suatu tempat. Ini berbeza dengan produk yang ditulis dalam bahasa English kerana lebih bersifat global.
2. Program Affiliate Berpusat
Program affiliate secara berpusat yang jelas boleh diperhatikan adalah clickbank.com dan juga paydotcom.com yang menawarkan pelbagai produk digital. Di sini, produk-produk digital dikumpulkan dari seluruh dunia oleh penyertaan usahawanusahawan internet di seluruh dunia. Jika anda terdengar tentang program affiliate, mungkin terbayang di fikiran anda bahawa produk tersebut adalah produk digital seperti ebook, audio dan video. Sebenarnya, produk affiliate juga merangkumi produk fizikal. Contoh program affiliate yang menawarkan produk fizikal adalah Cj.com, LinkShare.com dan juga Pepperjamnetwork.com. Pada ebook edisi lengkap nanti, saya akan senaraikan lebih 60 program affiliate yang berpotensi dan dipercayai untuk kita join.
Bagaimana Membuat Jualan Produk Affiliate
Bagi sesetengah mereka yang baru bermula dalam program affiliate, mungkin menganggap membuat jualan produk affiliate adalah modah. Anda salah jika berfikir begitu. Tanpa teknik dan cara yang betul, anda mungkin tak dapat melakukan jualan walau satu sen pun. Bagi mereka yang menganggap mudah, mungkin ingat caranya hanya :
1. Daftar
2. Dapatkan link dan banner
3. Promosi di blog
Ya, betul cara anda itu. Tetapi itu adalah asas untuk membuat jualan affiliate. Sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu di lakukan sebelum langkah mendaftar.
Asas Menjual Produk Affiliate
Saya ceritakan pengalaman saya sendiri semasa mula-mula berjinak dengan program affiliate.
1. Merayau-rayau di blog orang lain atau forum lalu menjumpai program affiliate.
2. Daftar program affiliate..kalau jumpa 10, maka 10 juga saya daftar..huhu.
3. Promosi bagai nak rak di mana-mana sahaja…termasuklah spam.
Jika anda juga melakukan seperti di atas, anda jangan berasa malu kerana saya juga melakukan seperti itu satu masa dulu. Saya merayau-rayau di blog orang lain dan forum wangcyber dan mendaftar banyak program affiliate seperti Raja Adsense, 40 Idea Bisness dan sebagainya lalu menulis review di blog dengan anggapan orang akan membeli. Pada satu hari sahaja, saya mampu membuat 4 atau 5 post yang menceritakan jenisjenis produk affiliate. 2 atau 3 hari kemudian saya dah tak ada idea nak menulis blog kerana semuanya sudah ditulis pada post sebelum ini. saya tidak menulis blog juga kerana tidak mahu post berkenaan affiliate itu “tenggelam” ke bawah atau ke page belakang. Kelakar tak? hahaha.. Macam mana orang nak beli bila tengok blog pun tak update. Update blog sangat penting supaya orang menganggap kita masih lagi aktif dalam dunia blogging. Lagi pula, search engin juga suka crawl blog yang mempunyai update dan menaikkan ranking blog. Makin tinggi ranking, makin mudah pelawat menjumpai blog kita. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan…harap anda tak mengulangi kesilapan seperti saya lakukan.
Bagaimana Menjadi Pro Affiliate?
Ya, inilah yang kita mahukan…melakukan program affiliate dengan cara yang sebetulnya. Jangan jadi manusia biasa dengan tindakan yang biasa. Jadilah manusia biasa dengan tindakan yang luar biasa. Begitu juga dengan affiliate, jangan jadi agen affiliate yang biasa dengan cara affiliate yang biasa. Jadilah agen affiliate biasa dengan tindakan dan cara pemasaran yang power ! Tidak cukup hanya tahu asas affiliate, tetapi anda perlu tahu dan menguasai advance strategi affiliate. Bagaimana?
Sebelum mendaftar program affiliate
Pertamanya, sama juga dengan program-program lain di internet seperti google adsense, menjual produk fizikal, service dan sebagainya…perkara pertama adalah MENGKAJI PASARAN. Pasaran perniagaan boleh di pecahkan dua iaitu Pasaran Umum dan Pasaran Niche.
Pasaran Umum
Pasaran umum adalah luas tanpa mengira geografi, latar belakang, agama dan bangsa. Semua orang boleh menggunakan produk anda. Contoh pasaran umum adalah ebay. Di ebay, pelbagai produk boleh di jumpai dengan banyaknya termasuklah menjual telur ayam atau ikan emas yang masih hidup. Persaingan bagi Pasaran Umum adalah besar dan saya tak akan fokuskan bagaimana membuat affiliate di Pasaran Umum dalam ebook ini. Tetapi kita boleh mengkaji pasaran umum untuk melakukan Pasaran Niche
Pasaran Niche
Pasaran niche adalah lebih khusus dan spesifik. Produk yang dihasilkan adalah untuk golongan tertentu sahaja. Pasaran Niche boleh dikecilkan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil iaitu.
1. Gender – Produk anda hanya untuk jantina tertentu. Mungkin hanya untuk kegunaan lelaki atau mungkin perempuan sahaja.
2. Kawasan – Produk anda hanya untuk golongan di kawasan tertentu sahaja. Ia mungkin merangkumi negeri atau negara, kawasan yang mempunyai iklim yang berbeza. Sebagai contohnya, anda ingin menjual peti sejuk di kawasan orang eskimo di kutub..bagaimana caranya? hehe…
3. Keagamaan – Produk anda hanya untuk golongan yang menganut agama tertentu sahaja. Sebagai contohnya, anda ingin menjual gelatin halal untuk orang islam. Ia tak terbatas melalui sempadan negara, iklim atau bangsa, tetapi permintaan produk anda adalah untuk golongan yang beragama Islam sahaja.
4. Usia – produk anda hanya sesuai untuk golongan yang mempunyai umur tertentu sahaja. Sebagai contohnya, anda ingin menjual kereta sport. Adakah sesuai anda mencari pasaran dan menjual kepada nenek yang berusia 80 tahun?
5. Tahap Pendidikan – Sebagai contohnya, anda telah membuat sebuah laman web membership untuk menyediakan soalan kepada pelajar SPM. Golongan manakah yang anda harus fokus dan mencari pasaran? Sekolah manakah yang lebih sesuai? Sekolah yang mempunyai prestasi yang teruk atau sekolah yang sudah mempunyai 100% pelajar mendapat 8A dalam SPM?
Ok, itu hanyalah beberapa niche yang sempat saya fikirkan. Niche tidak hanya apa yang saya nyatakan di atas. Itu hanyalah contoh dan anda boleh memikirkannya pada perkara perkara yang lain juga. Sesudah anda mengenali pasaran niche, sekarang masanya adalah untuk membuat kajian pasaran niche !
Bagaimana Melakukan Kajian Pasaran Niche ?
Untuk melakukan kajian pasaran niche bagi program affiliate, sama juga dengan kajian pasaran niche bagi program program lain di internet. Anda boleh apply cara ini untuk perniagaan internet anda yang lain. Secara ringkasnya, untuk membuat kajian pasaran niche adalah:
1. Mengenalpasti permintaan pasaran
2. Mengenalpasti pesaing
(Written by Din Beramboi)
Untuk maklumat lanjut klik ke:
http://www.rahsia-pro-affiliate.com/index.php?ref=suhaili
Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang amat berat dan besar.
PADA saat ini, poligami semakin terbuka diamalkan oleh lelaki. Ini dibuktikan apabila kebelakangan ini, pihak media tempatan kerap melaporkan soal perkahwinan yang melibatkan poligami. Bukan itu sahaja, gambar pengamal poligami bersama isteri-isterinya turut dipaparkan di media. Tampak jelas kebahagiaan terpancar pada wajah setiap isteri yang terlibat. Lebih-lebih lagi, wajah sang suami yang tentunya tersenyum lebar kerana berjaya mengurus kesemua isteri dengan baik. Namun, tidak semua poligami berakhir dengan gembira dan bahagia. Hanya beberapa individu tertentu sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.
Ini kerana apabila membincangkan soal poligami, ramai yang menuding jari ke arah pasangan masing-masing untuk saling tuduh menuduh terhadap punca masalah. Kata-kata seperti tidak sehaluan, perlukan kasih sayang yang lebih, layanan tidak semesra dahulu atau mempunyai kewangan kukuh menjadi antara faktor pendorong suami berkahwin lagi. Namun, apakah perlu suami mencanangkan hal ini kepada umum semata-mata mahu berkahwin kali kedua, ketiga atau keempat?
"Perkahwinan sememangnya perlu dihebahkan dan diuar-uarkan kepada orang ramai. Namun, tidak perlulah ia disebarkan ke seluruh pelosok negara atau dunia. Memadai, berita gembira ini diumumkan kepada masyarakat umum yang berhampiran." "Tujuan hebahan adalah bagi mengelakkan fitnah dan agar masyarakat setempat tahu pasangan tersebut telah berkahwin secara sah". Begitulah penjelasan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali apabila mengulas hal berkaitan poligami.
Menurutnya, berkahwin lebih daripada satu atau poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina atau memiliki perempuan simpanan yang pastinya hanya menzalimi diri dan wanita. "Namun begitu, poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. "Dalam kes perkahwinan poligami, keadaan juga adalah serupa. Tetapi hasrat dan keinginan untuk berpoligami (masih dalam perancangan) sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana hasrat tersebut masih belum mempunyai keputusan yang muktamad.
"Permohonan untuk berpoligami boleh diterima dan boleh juga ditolak di pejabat agama. Bagi permohonan yang diterima, alhamdulillah…Tetapi jika ditolak, ia boleh menimbulkan kesan buruk terutama kepada pemohon dan bakal pasangannya," jelas Suzana. Walaupun kemungkinan besar permohonan poligami akan diterima, namun kata Suzana, hasrat dan keinginan tersebut tetap tidak wajar dihebahkan di seluruh negara berdasarkan alasan berikut:
Poligami bukan untuk dibanggakan
Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Kegagalan melaksanakan poligami seperti yang disarankan oleh syarak boleh meletakkan seorang lelaki itu berdosa besar. Menurut Doktor Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami adalah perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.
Katanya, ia bukanlah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil sehingga mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri-isteri yang dikahwini.
Menimbulkan hasrat yang serupa kepada lelaki lain
Hebahan hasrat seseorang lelaki untuk berpoligami boleh menimbulkan atau menyemarakkan hasrat yang sama kepada lelaki lain. Fitrah seorang lelaki pasti mempunyai kehendak untuk berpoligami sama ada pernah diluahkan atau terpendam. Bezanya, tidak semua lelaki layak untuk berpoligami.
Seorang lelaki yang ingin berpoligami perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
Mampu menanggung nafkah isteri-isteri: Suami wajip menanggung nafkah isteri zahir dan batin, tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan, minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks yang adil kepada semua isteri-isterinya.Berlaku adil kepada isteri-isteri. Menurut Abu al-’Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
Adil dalam menyediakan kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu isteri. Pengasingan bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang tidak semestinya menyediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama. Dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.
Adil dalam giliran bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Di samping itu, keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut.
Adil dalam musafir
Menurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang daripada mereka menemaninya bermusafir. Dengan ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya, jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri. Bagaimanapun, mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.
Menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam, seseorang hanya dibenarkan untuk berpoligami sekiranya:
Perkahwinan yang dicadangkan ini adalah patut dan perlu memandangkan keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan perkahwinan yang baru. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Boleh menyebabkan pergaduhan
Fitrah wanita ialah tidak dapat menerima perkongsian suami walaupun sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang mengenengahkan kepada umum isteri-isteri sedia ada menyokong permohonan suami berpoligami. Sokongan bukan bererti kerelaan penuh kerana sudah pasti, ada sedikit rasa terluka apabila suami berhasrat ingin berpoligami. Dengan perasaan enggan berkongsi itulah, boleh menimbulkan pergaduhan dan memberikan tekanan kepada kedua-dua pihak. Masyarakat sekeliling juga akan berpandangan serong terhadap pemohon. Berdasarkan alasan-alasan dan fakta-fakta yang diberikan ini maka tidak wajar seorang lelaki menghebahkan kepada umum tentang hasratnya untuk berpoligami. Dalam perkara ini, pihak media perlu memainkan peranan penting.
Petikan dari Kosmo Online
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang kepada semua pengunjung niaga2u.com. Anda adalah rakan-rakan yang amat saya sanjungi. Sebagai artikal pertama di blog ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang satu kejadian yang berlaku pada hari ini. Bukanlah bertujuan untuk menuding jari pada sesiapa tetapi sebagai renungan dan iktibar pada kita semua dan juga untuk diri saya sendiri.
Kebiasaannya pada hari sabtu dan ahad, saya dan suami pasti akan keluar ke mana-mana sama ada beriadah, balik kampung atau mengunjungi sanak saudara. Memang kami jarang ada di rumah pada hari cuti. Maklumlah setelah penat bekerja pada hari isnin hingga jumaat, hari cuti hujung minggu adalah masa untuk kami berjalan-jalan. Seperti yang dirancang, hari ini kami bercadang untuk balik kampung kerana ada hal yang ingin diselesaikan. Tapi atas sebab tertentu kami membatalkan hasrat pada saat terakhir.
Sedang kami berbual-bual sambil menonton tv, tiba-tiba terdengar satu jeritan yang kuat dari seorang wanita yang meminta tolong. Kami pun segera keluar rumah dan terkejut bila melihat asap dan bau kebakaran yang datang dari rumah jiran kami. Sebenarnya pintu rumah di apartment kami yang kalis api, menyebabkan kami tidak menyedari langsung kehadiran asap dan bau pada peringkat awal.
Tanpa membuang masa suami saya terus menuju ke rumah tersebut yang hanya beberapa meter sahaja dari rumah kami. Rupa-rupanya wanita tersebut terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat keluar kerana ketiadaan kunci. Kebetulan beliau keseorangan manakala ahli keluarga yang lain tidak ada dirumah. Dengan keadaan tergesa-gesa suami saya dengan dua jiran kami yang lain cuba membuka pintu dan grill dengan apa cara sekalipun kerana pada masa yang sama asap dan bau tong gas bocor sudah mula merebak. Difahamkan wanita tersebut baru sahaja menggoreng ikan dan tiba-tiba api dari dapurnya menyambar dan beliau tidak dapat berbuat apa-apa.
Apa yang menyedihkan saya, dalam keadaan yang kelam kabut, hanya tiga orang sahaja termasuk suami saya yang berusaha untuk menyelamatkan wanita tersebut. Padahal keadaan pada masa itu begitu riuh rendah. Adakah kerana ramai yang sedang tidur atau kurang prihatin kepada keadaan sekeliling. Ada juga yang datang sambil berlenggang lengguk dan menjadi seperti mandur yang memerhati pekerjanya. Lebih mengecewakan siren di apartment kami tidak berfungsi.
Memang tak dinafikan saya juga berada di dalam keadaan yang gelisah yang amat sangat. Risau sekiranya berlaku apa-apa pada rumah saya dan seluruh blok di apartment. Tanpa membuang masa saya segera metutup suis utama di rumah saya dan mencabut kepala tong gas. Dengan jari yang terketar-ketar saya terus menghubungi bomba di talian 999. Saya telah disambungkan ke bahagian bomba oleh operator tersebut. Tapi saya agak kesal kerana agak lama juga masa yang diambil untuk membuat penyambungan. Setelah berjaya menembusi talian bomba, saya segera memberi alamat penuh dan mengharapkan tindakan segera diambil.
Setelah semua selesai, saya terus membawa dompet turun ke ruang lobi. Saya cuba memberitahu kepada beberapa penduduk yang kebetulan berlegar-legar di ruang lobi tentang kebakaran tersebut. Tujuan saya supaya mereka segera ke tempat selamat dan menghubungi ahli keluarga yang masih ada di dalam rumah. Sekali lagi saya kecewa, walaupun tidak semua, tapi masih terdapat juga golongan yang macam ‘blur’ dan buat tak endah. Padahal saya bersungguh-sungguh dan begitu takut jika ada yang jadi mangsa.
Masa terus berlalu, bomba masih belum sampai. Penduduk yang menyedari kebakaran itu, sudah mula membanjiri perkarangan tempat letak kereta. Tak lama kemudian suami saya turun ke lobi dan memberitahu bahawa asap hitam yang berlegar di dalam rumah tersebut menyebabkan beliau tidak dapat berbuat apa-apa walaupun wanita yang terperangkap tadi berjaya dikeluarkan. Sekali lagi talian bomba dihubungi oleh jiran saya untuk membuat follow-up terhadap panggilan pertama tadi.. Saya agak kecewa kerana operator yang yang menjawab panggilan menanyakan soalan ‘damansara di mana?’ ‘apa yang terbakar?’……..
Hah!!!! Kecewanya padahal alamat lengkap telah diberikan awal-awal lagi dan telah dinyatakan ada kebakaran rumah. Kalau setakat basikal yang terbakar, tak mungkin kami menghubungi bomba, betul tak? Saya tak berniat nak memburukkan imej sesiapa, bomba telah menjalankan tugasnya dengan baik tetapi masih terdapat kelemahan dari segi sistem penyampaian. Mungkin di apartment, dengan adanya dinding konkrit, api mungkin mengambil masa yang lama untuk merebak tetapi apa akan terjadi kalau kebakaran berlaku pada rumah papan jika usaha memadamkan api tidak dilakukan lebih awal.
Setelah bomba sampai, siren dibunyikan dengan kuat. Dari tempat parking kereta, saya dan penduduk lain melihat masih ramai penduduk yang baru menyedari tentang kebakaran itu sambil menjenguk di tingkap dari rumah mereka. Kami mendongak sambil melambai lambai dan menjerit supaya mereka segera turun untuk menyelamatkan diri. Tapi……Pelik! Pelik! Pelik!.. ramai yang termenung sahaja di tingkap seolah olah tiada apa yang berlaku. Padahal terdapat tiga trak bomba dengan bunyi siren yang kuat di hadapan mereka. Ada juga yang menjenguk di tingkap bersama anak-anak mereka yang masih kecil seolah-olah ada pertunjukan sarkas. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Masih ada lagi rakyat malaysia yang …….. ntahlah!!! tak tahu apa gelaran yang patut diberikan pada mereka. Tak concern langsung. Agaknya kalau bom meletup di depan rumah pun, mereka buat tak tahu. Di manakah nilai nyawa mereka. Dan yang penting sekali, tak bimbang ke tentang keselamatan anak-anak kecil.
Apapun syabas kepada pasukan bomba kerana berjaya mengawal keadaan dalam masa yang singkat. Yang paling penting ia tidak merebak ke rumah-rumah lain dan tiada yang menjadi mangsa. Kebakaran serius juga berjaya dicegah walaupun tuan rumah mengalami kerosakan di beberapa bahagian rumah. Walaupun kejadian ini begitu meninggalkan kesan pada diri saya namun banyak iktibar yang telah saya pelajari.
Pertama, tentang keselamatan di dalam rumah. Saya akui saya juga sebelum ini tidak pernah memeriksa keadaan tong gas di rumah setiap kali membelinya. Walaupun memasang alat keselamatan di kepala tong gas tersebut tetapi kedaan tong gas juga perlu diambil kira. Bukannya lama hanya 5 minit sehari sahaja masa yang boleh untuk kita ambil untuk meneliti keadaan tong gas tersebut. Seorang teman mengingatkan sebahagian dari suri rumah tidak tahu bagaimana untuk menentukan tong gas digunakan untuk memasak adalah selamat. Ini adalah perlu memandangkan terdapat banyak insiden kemalangan yang melibatkan tong gas di rumah. Selinder gas yang dah tamat tempoh (expired) tidak selamat digunakan dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Oleh itu hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.
Di sini disebutkan caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas tarikh luput/tamat tempoh (expiry date) akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun – A utk March ( Suku pertama ), B utk June (Suku kedua ), C utk Sept ( Suku ketiga ), & D utk December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga Disember 2006. Panjang-panjangkan maklumat ini untuk kebaikan bersama.
Seperkara lagi jika kita sedang memasak, pastikan kita tidak meninggalkan ruang dapur dalam masa yang lama, contohnya mengemas bilik tidur, menonton tv dan sebagainya sementara menunggu gulai masak sepenuhnya. Ini kerana kalau berlaku kebocoran gas atau apa-apa yang tidak kena, kita pasti dapat mengesannya dengan lebih awal. Bukan sahaja tong gas, tetapi juga lain-lain peralatan elektrik. Sebagai contoh peti sejuk yang melebihi 8 tahun. Saya diberitahu oleh rakan saya, bahawa pemeriksaan terhadap peti sejuk lama perlu dilakukan kerana peti sejuk yang terlalu lama juga, tanpa diservis,boleh mengundang bahaya.
Kedua, pastikan kita meletakan kunci rumah di tempat khas yang mudah untuk diambil. Dalam kes yang berlaku tadi, dalam keadaan kelam kabut, wanita tadi gagal mendapatkan kunci rumahnya. Saya tak nafikan kalau berlaku pada saya, saya juga panik. Tetapi jika kita sudah biasa menyimpan atau menggantung kunci di tempat khas, banyak masa yang boleh dijimatkan untuk menyelamatkan diri.
Ketiga, walau di mana sahaja kita berada, jiran adalah orang paling dekat yang wajib kita pelihara hubungan sesama insan. Jika berlaku apa-apa kejadian, tak mungkin saudara mara jauh dapat membantu dalam masa yang singkat. Saya perhatikan budaya hidup masyarakat bandar masih tidak seakrab seperti di luar bandar. Masing-masing buat hal sendiri terutamanya yang tinggal di apartment-apartment. Pintu sentiasa ditutup. Saya faham, atas alasan keselamatan tak mungkin pintu boleh sentiasa dibuka. Tetapi kadangkala dalam satu lif pun tidak bertegur sapa walaupun di blok yang sama. Saya juga sentiasa mengingatkan diri saya dalam hal-hal hidup berjiran. Saya juga pernah melakukan kesilapan.
Teringat saya kejadian minggu lepas di mana saya terdengar bunyi grill diketuk di hadapan rumah jiran saya. Pada fikiran saya takda apa-apa yang berlaku kerana pada siang hari. Keesokan harinya jiran saya memberitahu, rumahnya telah dimasuki pencuri dan pintu grillnya telah dirosakkan. Saya berasa sungguh menyesal kerana mengambil mudah hal-hal macam tu. Kalau lah saya bertindak cepat dan menghubungi security di lobi apartment, mungkin harta yang dicuri dapat diselamatkan.
Keempat, kita kena sentiasa concern dengan apa yang berlaku disekeliling. Iktibar dari kejadian tadi jelas menunjukkan ramai yang buat tak tahu sahaja apa yang berlaku disekeliling. Cuba bayangkan kalau kejadian kebakaran tersebut berlaku di rumah kita. Tolonglah bantu yang semampunya selain menjaga keselamatan diri. Tidak kira sama ada apa kaum sekalipun, bantulah mereka yang dalam kesusahan selain bertindak cepat dan rasional.
Mmm..dah panjang lebar cerita saya ni. Bukan apa tak salah sekadar berkongsi sesuatu yang saya rasa boleh dijadikan iktibar pada semua dan diri saya sendiri. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik tindakan saya dan suami membatalkan rancangan kami untuk balik ke kampung pada hari ini. Ini merupakan pelajaran paling berharga pada kami berdua, InsyaAllah.



