Archive for October, 2008
“KUALA LUMPUR – “Semuanya hanya kebetulan, kami bukan berkhalwat, malah tidak ada hubungan serius pun.” Demikian tegas pelakon Norman Hakim, 32, mengulas peristiwa beliau ditangkap atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, (Memey Suhaiza). Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey Suhaiza di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, dekat sini, kira-kira 3 pagi semalam. Mereka dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi semalam.”
Sama ada bersalah atau tidak, bukanlah tugas saya untuk menilai. Tetapi bila terbaca laporan akhbar di atas, hati saya tiba-tiba tertanya-tanya, kenapalah manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Ada harta, ada isteri/suami, ada anak-anak, ada sebuah kehidupan keluarga yang lengkap yang tidak semua orang dapat memilikinya. Kenapa perlu seseorang itu tidak kira suami atau isteri beralih arah semata-matanya ingin mengejar sesuatu yang belum pasti. Susah sangat ke nak jaga hati pasangan masing-masing.
Memang banyaklah kes-kes macam ni. Dah makin ramai suami-isteri yang curang dengan pasangan masing-masing. Walaupun bukan secara serius tetapi sedikit sebanyak boleh menggoncangkan rumahtangga. Kononnya ‘saham naik’ jika ada pakwe/makwe, walaupun mereka sudah berkahwin. Sebagai contoh menagih cinta di internet. Masing-masing mengaku bujang, dan menggoda gadis-gadis cantik bagi melayan perasaan. Memang pada mulanya sekadar suka-suka, tetapi kebanyakannya akan berlarutan hingga ke hubungan yang serius. Bila aktiviti terbongkar, mulalah menggelabah.
Dalam perkahwinan memang masing-masing ada kekurangan sama ada isteri atau suami. Tetapi ‘mencari yang baru’ bukanlah jalan penyelesaiannya. Saya pernah mendengar pengakuan seorang suami bahawa dia mengaku memiliki seorang isteri yang cantik. Tetapi setelah lama berkahwin dia tetap tertarik pada wanita lain. Alasannya kerana isterinya yang cantik itu dapat ditatap setiap hari, sedangkan ‘wanita baru’ yang hadir dalam hidupnya masih ‘fresh’ pada pandangan matanya, walaupun tidak secantik isterinya…hish..…..Bak kata orang perak…Sabo je le perangei jantan rope ni……
Selain tu ada lagi satu kisah benar di mana seorang suami yang terang-terangan curang dengan isterinya. Walaupun sudah memiliki dua orang anak tetapi masih memiliki ingin teman wanita istimewa. Yang menjadi masalahnya, beliau tanpa segan-silu gemar menceritakan pada kenalan lain tentang aktivitinya dengan ‘girlfriend’nya itu . Agaknya nak tunjuk ‘saham masih ada’….Kesian isterinya yang begitu setia. Dia lebih rela isterinya tinggal jauh di pantai timur semata-mata nak menutupi aktiviti ‘gila’nya di KL. Suami macam ni memang………….*$#@)(&$
ish!!!! teremosional pulak!!!
Jangan marah pulak para suami…tidak semua lelaki berperangai ‘hampeh’ macam tu…ada juga ramai isteri yang curang dan tidak bersyukur memilliki suami yang baik dan bertangggungjawab. Itu semua resam hidup dunia. Kadangkala kita tak sangka kebahagiaan yang kita miliki hari ini tidak berkekalan. Tidak mustahil apa yang berlaku pada orang lain, akan berlaku pula pada diri kita.
Berbalik pada kisah Norman Hakim…rasanya beliau perlu renung-renungkan kata-kata ini…. ‘Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali’….
Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Empat syarikat tersebut ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Bercakap pasal buluhmas ni, 2, 3 bulan lepas memang ada kenalan suruh masuk skim ini. Kononnya untuk masa depan, kiranya ala-ala pencen lah. Modalnya serendah RM15. Mula-mula memang macam berminat, maklumlah kalau diikutkan perancangan syarikat tersebut, mereka bakal bersaing dengan pasaraya-pasaraya gah yang ada kat Malaysia ni. Tapi entah kenapa niat tu asyik bertangguh sampailah sekarang. Tup…tup..baru-baru ni kena siasat pulak syarikat tersebut.
Tak tahu lah di mana silapnya. Sedih pun ada sebab melibatkan syarikat bumiputra yang baru nak meningkat. Tetapi Bank Negara mesti ada sebab yang kukuh kenapa syarikat tersebut perlu disiasat. Salah satunya, syarikat ini tak mohon kebenaran dari BNM utk mengutip deposit dari orang ramai. Kalau betul itu sebabnya, memang le salah. Itu dah memang peraturan kalau nak buat bisnes macam tu. Contohnya syarikat yg ada kebenaran dari BMM spt syarikat unit trust, syarikat takaful, koperasi ataupun terbitan saham syarikat secara rasmi utk dptkan deposit/pelaburan, semua ni ada black & white serta kebenaran BNM tentang pengambilan deposit/pelaburan dari orang ramai.
Tetapi apapun, tunggu sajalah hasil siasatan dari Bank Negara. Tak berani nak komen sama ada mereka benar-benar menipu atau tidak. Ingat lagi ada kes tak lama dulu tentang MLM jual Stromberg. Ramai yang canang sana-sini untuk sertai skim tersebut. Sampai ada yang sanggup keluarkan duit beribu-ribu. Tetapi akhirnya pemilik syarikat tersebut telah ditahan. Mereka didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Kesimpulannya berhati-hati lah kalau nak sertai apapun program yang diperkenalkan. Memang niat kita nak tambah pendapatan tetapi kalau tersilap langkah ‘menyesal satu badan’. Bukan mudah nak kumpul semula duit yang telah hilang begitu saja. Selalunya orang kita akan lebih terpengaruh dengan skim yang menawarkan modal yang kecil tetapi keuntungan yang besar pada masa yang singkat. Memang tak logik.
Berbalik pada buluhmas tadi, saya harap buluhmas takkan tukar nama kepada ‘buluh lemang’…hehehe…maklumlah musim perayaan belum habis lagi.
Sama-samalah kita doakan.
Ish…ish…ish…!!! Mudahnya nak dapat gelaran Datuk..Menyanyi miming, melompat terkinja-kinja dan guling-guling sikit dalam filem, dah dapat gelaran tu. Dalam banyak-banyak berita yang saya baca dalam minggu ni, berita inilah yang paling menarik perhatian saya. Berita ni mengalahkan berita politik peralihan kuasa di Malaysia yang tidak kurang panasnya.
Di manakah rasionalnya? Apakah pertimbangan yang diambilkira, sehingga Shah Rukh Khan dipilih sebagai salah seorang antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.
Mmmm…ntahlah..nak komen panjang-panjang pun dah tak guna juga, tetapi secara peribadi saya memang tidak bersetuju seratus peratus atas pemilihan actor Bollywood tersebut.
Bak kata Nabil ‘Lu Pikir la sendiri!!!!’….
Sedar tak sedar dah dua belas hari kita di bulan Syawal yang mulia ini. Begitu cepat masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita meninggalkan Ramadhan yang mulia. Tahun ini saya bersama keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suasana yang sederhana sahaja. Maklumlah kesibukan tugas harian membataskan saya untuk mengambil cuti yang lama untuk bersama keluarga di kampung. Namun, Alhamdulillah, walaupun sekejap tetapi begitu bermakna bagi saya. Berjumpa kedua ibu bapa dan adik-beradik adalah saat yang terindah dalam kehidupan semua orang. Bagi saya tidak semua perasaan sayang dapat dilafazkan dengan kata-kata. Yang pasti pertemuan di Hari Raya amat berbeza suasananya, walaupun kita sering pulang ke kampung pada hari-hari biasa.
Namun ada juga di kalangan insan rapat yang saya kenali, tidak dapat merayakannya bersama keluarga. Entah di mana silapkan hubungan mereka sesama adik beradik tidak pernah akrab sedari dulu. Tiada ucapan maaf diucapkan dari ahli keluarganya melalui kata-kata mahupun sms. Walaupun ahli keluarganya berlatarbelakangkan pendidikan agama yang tinggi namun tidak pernah mengambil tahu atau bertanya khabar seolah-olah tiada pertalian darah. Jelas terbayang kekecewaan yang amat sangat pada wajah insan tersebut apabila dirinya seperti tidak wujud di dalam keluarga. Walhal pengorbanannya begitu besar membantu keluarga terutamanya ketika adik-adiknya masih bersekolah. Biasalah…resam manusia..mudah lupa bila sudah dewasa….Saya sering mengingatkan diri saya supaya sentiasa memaafkan semua orang walaupun sebesar manapun kesalahan yang mereka lakukan pada saya. Siapalah saya untuk menghukum orang lain.
Di kesempatan ini saya ingin sekali lagi memohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya di luar sana mahupun melalui internet. Sebagai manusia biasa saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada yang disedari ataupun tidak.
Bercakap pasal raya ni, sekarang saya dah mula terima jemputan ke rumah-rumah terbuka. Kalau boleh nak memenuhi semua undangan tersebut tetapi rasanya mustahil. Tambahan pula musim tengkujuh dah tiba. Hampir setiap hari hujan lebat. Jalanraya pun sentiasa sesak. Jadi pergerakan pun terbatas. Di samping itu ada urusan-urusan lain yang perlu didahulukan. Jadi saya memohon maaf banyak-banyak jika tak dapat hadir. Maklumlah di KL ni rumah-rumah terbuka bukan sahaja diadakan pada hujung minggu tetapi pada hari-hari biasa. Raya sebulan la katakan.. berat badan pun dah semakin meningkat gara-gara makan lemang, nasi impit, rendang, kuih-muih dan sebagainya. Sekarang ni kenalah control makan sikit……apalagi minum Red Guara le…hehe…promote sikit!
Di kesempatan ini juga saya doakan semoga abang saya, Faizal (pemilik laman gcloud.com) yang kini berada di wad hospital Ipoh, akan segera sembuh. Rajin-rajin le makan ubat…yek! Nanti bolehlah chatting lagi malam-malam…
Oklah kalau ada kesempatan saya menulis lagi…bye



