Hari ni , anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang bertentangan dengan rumah saya. Serbuan ini adalah hasil aduan saya dan suami yang sudah memerhatikan tiga pasangan kekasih yang tinggal serumah sejak 4 bulan yang lalu. Pada awal lagi kami sudah syak mereka bukannya pasangan suami isteri. Yang perempuan suka berpakaian seksi hingga nampak hampir separuh buah dada mereka. Manakala yang lelaki pula memakai anting2. Lagak mereka tanpa malu2 walaupun kami sudah berkeluarga. Kami berasa amat berdosa membiarkan maksiat berlaku di depan mata.

Tetapi kami tetap ambil masa untuk perhatikan gerak geri mereka terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada JAIS. Tujuan kami supaya Jais tidak membuat serbuan yang sia2. Setelah berpuas hati, pagi tadi satu serbuan telah dilakukan. Tiga jam sebelum serbuan kami diminta oleh JAIS supaya membuat pantauan agar mereka yang disyaki berkhalwat tu benar2 berada di dalam rumah. Bayangkan kami terpaksa korbankan waktu tidur dan terpaksa bersengkang mata memerhatikan rumah itu.

Sekitar jam 2.30 pagi anggota JAIS sampai di depan pintu rumah tersebut. Mereka memberi salam beberapa kali dan meminta penyewa2 tersebut membuka pintu dan memberi kerjasama. Mereka turut mengugut untuk memecah masuk sekiranya pintu tidak dibuka. Namun pintu tetap tidak dibuka.Saya dan suami hanya memerhati dari rumah memandangkan identiti pengadu dirahsiakan atas alasan keselamatan. Tetapi kami terkejut kerana tidak sampai setengah jam anggota JAIS dan polis tersebut telah beredar tanpa berbuat apa-apa. Suami saya cuba menghubungi pegawai JAIS dengan segera. Dan jawapannya amat mengecewakan.

Alasan mereka:

1. Mereka hanya nampak kasut perempuan jer, tiada kasut lelaki

2. Pintu tidak dibuka walau telah diketuk beberapa kali

3. Mereka sudah menunggu depan pintu hampir sejam

Kami betul2 rasa terkilan. Padahal kami memang sentiasa tgk jam. Mereka berdiri di depan pintu tersebut tak sampai setengah jam, bukan ‘hampir sejam’ seperti yang didakwa. Cubalah fikir logik, takkan kasut lelaki diletakkan bersama-sama kasut perempuan, mestilah mereka nak ‘cover line’. Yang pasti kami memerhati rumah tersebut sejak pukul lapan malam hingga 2 pagi. Memang jelas ada lelaki dan wanita masuk ke dalam rumah tersebut sebelum pihak JAIS datang. Tetapi mereka hanya berdiam diri ketika JAIS berada di luar pintu.

Saya beranggapan pihak JAIS akan memecah masuk rumah tersebut seperti yang dilakukan sebelum ni sekiranya orang yang disyaki tidak mahu membuka pintu. Lagipun mereka datang bersama anggota Polis. 5 minit selepas anggota JAIS beredar, saya terdengar suara berkata ‘line dah clear’….Kelihatan 2 orang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan begitu cepat sebelum sempat kami menjerit. Bila perkara ni diberitahu kepada salah seorang anggota JAIS dengan menelefon di pejabat meraka, sekali jawapan mengecewakan keluar dari mulut mereka

1. ‘Oooo…diaorang dah keluar ye..takpala..diaorang takkan berani lagi’

2. ‘Kami tak boleh tunggu lama sebab banyak kes lagi’

Tolong la JAIS….tak guna ambil banyak kes kalau satupun tak diselesaikan dengan baik sehingga selesai. Kami bukan tidak menghargai tugas anda bersengkang mata membasmi kegiatan maksiat tetapi kami kecewa dengan sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Sia-sia je usaha kami membuat pantauan sebelum ini. Kami kecewa penyewa-penyewa tadi dapat melepaskan diri. Tidak mustahil mereka boleh lakukan ditempat lain kerana begitu senang memboloskan diri. Takpalah..yang penting kami sudah menjalankan tugas sebagai seorang Islam dan harapan kami JAIS komited dalam menjalankan tugas di masa akan datang.

Assalamualaikum…

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Mukadimah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat datang ke blog niaga2u.com. Dengan adanya blog ini diharapkan dapat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat. ~Suhaili~

 

Jom Beli Buku


Adikbijak.com

Anda inginkan dapatkan buku yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?
Dapatkannya di sini:

Adikkbijak.com

niagawu