“KUALA LUMPUR – “Semuanya hanya kebetulan, kami bukan berkhalwat, malah tidak ada hubungan serius pun.” Demikian tegas pelakon Norman Hakim, 32, mengulas peristiwa beliau ditangkap atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, (Memey Suhaiza). Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey Suhaiza di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, dekat sini, kira-kira 3 pagi semalam. Mereka dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi semalam.”
Sama ada bersalah atau tidak, bukanlah tugas saya untuk menilai. Tetapi bila terbaca laporan akhbar di atas, hati saya tiba-tiba tertanya-tanya, kenapalah manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Ada harta, ada isteri/suami, ada anak-anak, ada sebuah kehidupan keluarga yang lengkap yang tidak semua orang dapat memilikinya. Kenapa perlu seseorang itu tidak kira suami atau isteri beralih arah semata-matanya ingin mengejar sesuatu yang belum pasti. Susah sangat ke nak jaga hati pasangan masing-masing.
Memang banyaklah kes-kes macam ni. Dah makin ramai suami-isteri yang curang dengan pasangan masing-masing. Walaupun bukan secara serius tetapi sedikit sebanyak boleh menggoncangkan rumahtangga. Kononnya ‘saham naik’ jika ada pakwe/makwe, walaupun mereka sudah berkahwin. Sebagai contoh menagih cinta di internet. Masing-masing mengaku bujang, dan menggoda gadis-gadis cantik bagi melayan perasaan. Memang pada mulanya sekadar suka-suka, tetapi kebanyakannya akan berlarutan hingga ke hubungan yang serius. Bila aktiviti terbongkar, mulalah menggelabah.
Dalam perkahwinan memang masing-masing ada kekurangan sama ada isteri atau suami. Tetapi ‘mencari yang baru’ bukanlah jalan penyelesaiannya. Saya pernah mendengar pengakuan seorang suami bahawa dia mengaku memiliki seorang isteri yang cantik. Tetapi setelah lama berkahwin dia tetap tertarik pada wanita lain. Alasannya kerana isterinya yang cantik itu dapat ditatap setiap hari, sedangkan ‘wanita baru’ yang hadir dalam hidupnya masih ‘fresh’ pada pandangan matanya, walaupun tidak secantik isterinya…hish..…..Bak kata orang perak…Sabo je le perangei jantan rope ni……
Selain tu ada lagi satu kisah benar di mana seorang suami yang terang-terangan curang dengan isterinya. Walaupun sudah memiliki dua orang anak tetapi masih memiliki ingin teman wanita istimewa. Yang menjadi masalahnya, beliau tanpa segan-silu gemar menceritakan pada kenalan lain tentang aktivitinya dengan ‘girlfriend’nya itu . Agaknya nak tunjuk ‘saham masih ada’….Kesian isterinya yang begitu setia. Dia lebih rela isterinya tinggal jauh di pantai timur semata-mata nak menutupi aktiviti ‘gila’nya di KL. Suami macam ni memang………….*$#@)(&$
ish!!!! teremosional pulak!!!
Jangan marah pulak para suami…tidak semua lelaki berperangai ‘hampeh’ macam tu…ada juga ramai isteri yang curang dan tidak bersyukur memilliki suami yang baik dan bertangggungjawab. Itu semua resam hidup dunia. Kadangkala kita tak sangka kebahagiaan yang kita miliki hari ini tidak berkekalan. Tidak mustahil apa yang berlaku pada orang lain, akan berlaku pula pada diri kita.
Berbalik pada kisah Norman Hakim…rasanya beliau perlu renung-renungkan kata-kata ini…. ‘Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali’….



