Baru sampai khemah…posing jap! hehe

PINK CORNER

Fuh!!!! penat tapi enjoy di sepanjang Convest UIA 2009 bermula 8-13 Oct. Walaupun ni pengalaman pertama buka booth di tempat awam, tapi ternyata ini adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bersama ahli keluarga yang lain kami sepakat menjual perbagai produk seperti pakaian, accessories wanita, tepung kek segera, khidmat mekap untuk konvo dan pelbagai lagi. Mula-mula tu gerun jugak memandangkan gerai-gerai lain juga tampil dengan produk tersendiri. Tapi alhamdulillah di sepanjang pesta tersebut Pink Corner merupakan salah satu gerai yang tak putus-putus dikunjungi orang ramai. Yang special nya kami semua berpakaian warna pink..hehe..bersesuaian dengan konsep gerai kami. Tapi bukanlah bermakna produk juga berwarna pink, cuma hiasannya saja. Apapun InsyaAllah Pink Corner akan tampil di Pesta-pesta yang lain pula jika tiada aral melintang…..:)

  • Share/Bookmark

Tiada kata-kata dapat dilafazkan selain kesyukuran yang teramat sangat kerana berjaya menempuhi sebulan Ramadhan dengan penuh rasa kenikmatan. Esok adalah hari yang bermakna. Selain bersama-sama meraikan kehadiran Syawal yang mulia, esok juga genap enam tahun melayari bahtera perkahwinan bersama insan bergelar suami. Alhamdulillah, segala cabaran alam berumah tangga berjaya ditempuhi. Memang benar untuk mencari kebahagian, kadangkala kita tidak perlu terlalu mengikut telunjuk orang yang kebanyakannya lebih gemar melihat kita jatuh dari berjaya. Doa yang berterusan dengan hati yang ikhlas pasti akan membuatkan kita rasa bahagia walaupun tidak terlalu mewah seperti orang lain. Kepada ibu-bapa tersayang, saudara-mara, adik beradik serta kawan-kawan, maafkan saya andai ada melakukan sebarang kesalahan. Percayalah saya sayang anda semua dan semoga di hari raya ini kita semua happy, ok! To my beloved husband, whoever you are, you are the only person in my heart. Luv u…..

SELAMAT HARI RAYA :)

  • Share/Bookmark

Tiada acara sambutan Ambang Merdeka tahun ini bagi menghormati bulan Ramadhan. Itulah antara kenyataan pemimpin negara di dalam media massa.

Esok 31 Ogos 2009 Negara kita Malaysia mencapai usia 52 tahun merdeka setelah lebih 400 tahun dijajah. Apa yang pasti para pejuang kemerdekaan terpaksa menumpahkan darah dan air mata demi menuntut kemerdekaan dari penjajah asing namun apa yang menyedihkan sebahagian generasi muda yang memperolehi nikmat kemerdekaan tidak menghargainya apabila menyambutnya dengan cara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan bangsa seperti antaranya dengan cara berpesta dan sebagainya.

Syukur tahun ini kita merdeka dalam Ramadhan yang mulia lalu acara pesta di ambang merdeka tidak akan diadakan. Sewajarnya acara sedemikian terus ditiadakan untuk tahun-tahun mendatang sebaliknya ia perlu diisi dengan acara yang lebih bermakna seperti memanjatkan doa kesyukuran, menunaikan solat hajat, ceramah, deklamasi sajak kemerdekaan dan seumpamanya.

Biarpun kita merdeka namun benarkah kita sudah mencapai kemerdekaan sebenar. Adakah bahasa penjajah masih diagung-agungkan, budaya penjajah masih [...] Continue Reading…

  • Share/Bookmark
  • Share/Bookmark

Al Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar pada industri seni tanahair….moga-moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman… Amin….Yang pasti iklan yang paling best karya Allahyarham adalah.’Percintaan Tan Hong Min dan Umi Qazrina’

  • Share/Bookmark

Dah lama tak menulis kat blog ni. Busy jer memanjang. Rutin harian pergi kerja..balik kerja..pergi kerja balik kerja..Aduhh! Penat.. Tapi takpalah, dah kerja tu ibadah. Nasib baik la kawan-kawan kat ofis semuanya best dan ngam. So kalau penat pun terubatlah juga. Di kesempatan ini nak ucap takziah kepada seorang officemate, Hasliza yang baru kehilangan adik tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah. Memang sedih kalau berlaku kematian di kalangan ahli keluarga. Tambahan pulak Hasliza memang rapat dengan adiknya. Semoga beliau tabah dan sabar dengan apa yang berlaku.

Ok..sekarang nak cerita sikit pasal Program TeamBuilding yang saya pergi baru-baru ni di Selesa Hillhomes & Golf Resort, Bukit Tinggi. Walaupun penat tapi best..maklumlah pergi pulak dengan semua officemate..memang happy sangat.

Selama 2 hari I malam berada kat sana, macam-macam aktiviti dijalankan termasuk indoor & outdoor games. Ada kena menyanyi, menari, berlawak, melakukan aktiviti lasak dan macam-macam lagi. Aktiviti yang paling mencabar adalah tressure hunt. [...] Continue Reading…

  • Share/Bookmark

Seram sejuk juga bila Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh telah disahkan positif influenza A (H1N1). Aduh!!!!! Dah ada kes pertama kat Malaysia ni. Tak jauh dari rumah pulak tu. Nampaknya terpaksalah kurangkan aktiviti kat luar. Itu sebagai langkah awal. Maklumlah sebelum ni bila petang jer…asyik berjoging kat Pusat Rekreasi Taman Tun tu. Seronok joging kat situ sebab ala-ala jungle trekking. Sekarang kena stop sekejap. Ntahla..Macam-macam penyakit pelik dah timbul sekarang ni. Setakat ini tiada vaksin yang untuk penyakit ini. Harap-harap kes terbaru ni tak merebak dan dapat dicegah.

  • Share/Bookmark

Di sebuah kampung ada seorang pekebun tanaman pisang bernama Atan. Beliau seorang yang sangat rajin kerana mengusahakan tanah pusaka milik arwah ayahnya. Setiap petang beliau akan melonggokkan hasil tanaman di depan rumahnya untuk dijual keesokan harinya. Itulah aktivitinya setiap hari. Tetapi sejak akhir-akhir ini beliau berasa pelik kerana setiap pagi jumlah tandan pisang di depan rumahnya akan berkurangan jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Pada fikirannya pasti ada yang mencurinya pada waktu malam. Setelah keadaan ini berlarutan, Atan bercadang untuk mengambil tindakan dengan cara mengintip. Pada suatu malam setelah begitu lama bersengkang mata, akhirnya beliau ternampak satu makhluk yang menghampiri tandan-tandan pisang di depan rumahnya. Setelah diperhati, ternyata makhluk itu adalah seekor monyet dewasa.

Tanpa membuang masa Atan pun menyergah monyet tersebut. Monyet berkenaan begitu terkejut tetapi sempat mencapai beberapa biji pisang dan terus melarikan diri. Atan yang sudah bersiap sedia dengan peralatan sumpit di tangan,terus mengejar monyet [...] Continue Reading…

  • Share/Bookmark

Hari ni , anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang bertentangan dengan rumah saya. Serbuan ini adalah hasil aduan saya dan suami yang sudah memerhatikan tiga pasangan kekasih yang tinggal serumah sejak 4 bulan yang lalu. Pada awal lagi kami sudah syak mereka bukannya pasangan suami isteri. Yang perempuan suka berpakaian seksi hingga nampak hampir separuh buah dada mereka. Manakala yang lelaki pula memakai anting2. Lagak mereka tanpa malu2 walaupun kami sudah berkeluarga. Kami berasa amat berdosa membiarkan maksiat berlaku di depan mata.

Tetapi kami tetap ambil masa untuk perhatikan gerak geri mereka terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada JAIS. Tujuan kami supaya Jais tidak membuat serbuan yang sia2. Setelah berpuas hati, pagi tadi satu serbuan telah dilakukan. Tiga jam sebelum serbuan kami diminta oleh JAIS supaya membuat pantauan agar mereka yang disyaki berkhalwat tu benar2 berada di dalam rumah. Bayangkan kami terpaksa korbankan [...] Continue Reading…

  • Share/Bookmark

Hari ni saja layan lagu di internet. Tiba-tiba terjumpa lagu yang pernah popular suatu ketika dulu yang dinyanyikan oleh adik kepada penyanyi bersuara ‘jantan’ Jamal Abdillah iaitu Jamilul Hayat. Agaknya ke mana menghilangnya penyanyi yang tidak kurang hebatnya ini. Dulu ada yang kata beliau kini menetap di Ashby Road Ipoh dan menjalani kehidupan biasa. Walaupun tidak menghasilkan banyak album seperti abangnya, namun lagunya tetap hebat dan sedap didengar. Apa lagi layan ler….

  • Share/Bookmark
Mukadimah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat datang ke blog niaga2u.com. Dengan adanya blog ini diharapkan dapat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat. ~Suhaili~

 

Jom Beli Buku


Adikbijak.com

Anda inginkan dapatkan buku yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?
Dapatkannya di sini:

Adikkbijak.com

niagawu